Kini, genap 3 tahun perkahwinanku bersama lelaki yang ku cintai. Selama hidup bersamanya, aku begitu bahagia. Walaupun dia tidak dapat memberi kemewahan hidup kepadaku, Tapi dia begitu luhur dan terbaik bagiku.

Apa yang ingin ku ceritakan ini, bukanlah soal kami, tapi soal orang2 disekeliling kami.

Satu sahaja aku ingin berpesan kepada semua terutamanya kaum wanita. Jika kamu sudah berumahtangga, haruslah kamu berdikari (tidak sebumbung mahupun dengan ibubapa ataupun mertua).
Kini, genap 3 tahun perkahwinanku bersama lelaki yang ku cintai. Selama hidup bersamanya, aku begitu bahagia. Walaupun dia tidak dapat memberi kemewahan hidup kepadaku. Tapi dia begitu luhur dan terbaik bagiku.

Apa yang ingin ku ceritakan ini, bukan saja soal kami, tapi soal orang2 disekeliling kami.

"Satu sahaja aku ingin berpesan kepada semua terutamanya kaum wanita. Jika kamu sudah berumahtangga, haruslah kamu berdikari (tidak sebumbung mahupun dengan ibubapa ataupun mertua)."

Sememangnya, wanita ingin mengelak dari tinggal sebumbung dengan mertua. Tak kira mertua baik ataupun sebaliknya, tapi lama kelamaan bau 'bunga' pun boleh jadi sebaliknya.

Sepanjang hidupku dirumah mertua, aku banyak berkurung di dalam bilik dan takut untuk bergaul. Bukan niatku untuk menjauhkan diri dari sesiapa, tapi setiap kali aku ingin berbual dengan mereka, akan timbul soal 'zuriat'. Ya, kami masih tidak dikurniakan zuriat dan aku redha kerana aku tahu setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya.

Kami telahpun menjalankan pemeriksaan, dan Alhamdulillah aku dan suamiku sihat. Mmm...Mungkin tiada rezeki lagi pada masa ini untuk kami dapatkan cahayamata. Sememangnya ada alternatif lain contohnya mengambil anak angkat, tapi aku ingin memberikannya zuriat dengan rahimku sendiri.


No posts.
No posts.